Selasa, 13 Disember 2011

Masuk Tempat Orang Jangan Berlagak

Salam..

Jumaat. Waktu tengahari bakal menjelma.. Perut sudah lama berkeroncong sedari tadi. Tett..menandakan ada orang masuk pejabat ini. Lihat bos jim ada bawak 4 orang yang suri tisak kenali. Senyum tidak, memandnag jauh sekali..
Mereka keluar lalu meninggalkan kotak, fail-fail atas meja dan berlalu begitu sahaja. Fikiran mula melata siapakah mereka? Mr Jim tak beri tahu siapa mereka jadi Suri buat kerja pejabat seperti biasa. Jam 12.45 Suri keluar rehat sebab lambat keluar pasti lauk - pauk gerai mak cik bawah habis stok huhu..

Jam  2 petang masuk pejabat. Seawal boleh memang Suri masuk cepat. Bila masuk Suri duduk tempat sendiri hati bertanya apa pasal semua barang bertaburan sana sini, semua fail empat orang kutu sedang selongkar! apa masalah di orang ini? Sudahlah seru or senyum kat kita tidak ini masuk rumah orang ikut suka geledah. Habis semua documet, fail-fail dalam besi, dalam kotak ada fail semua di keluarkan!

Hati memang panas still belum reda tapi sabar tetap ada. Cina ini nak buat rujukan or apa sahaja Suri tidak kisah mungkin depa 4 kutu ada hak tapi if dah sentuh barang orang tu kalian kenalah minat kebenaran kat aku dulu. Sapa2 pun klu usik barang tanpa kebenaran mesti begang punya. sudahlah budi bahasa tak der.

Suri buat kerja seperti biasa. On radion hp slow yg mungkin dan menaip surat seperti biasa. Cina mem besau rasanya dia punya suara yang mengarahkan anak dia lelaki dan anak perempuan dia buat kerja selongkar fail sana sini. Dia ada cakap dekat lelaki tua tu kata suruh girl tu tutup radio. Ok Suri fine tapi why ko tak mahu cakap dengan suri terus? Suri memang begang sebab dia dah buat pejabat tu cam pejabat dia.


Suri apa kisah on jer radio. Lalu  lelaki tua yang ikut mam besau ni cakp dekat Suri tentang file mengapa urutan dia tak betul, pastu cakap tengok fail ini dia pening. Aduih masalah betullah. Karang nak marah tak boleh sebab nanti bertekak pula. Suri terangkan satu persatu depa masih tak faham2 lagi..

Lepas tu anak mam girl tanyer mana kerja Suri. Dia tanyer billing sapa yang buat. Suri cakap Suri tak buat dia blh cakap beria-ia Suri yang buat. Tidak ke pelik namanya tu?? Lama2 si mama bosan mam besau tu cakap dengan orang tua tadi tu mintak tolong Suri padam radio tu. Aikk melampau kau! Suri mula-mula buat dek jer. Bila 3 kali dia cakap baru Suri tutup radio hp. Dah tu dengar suara dia bising-bising gelak bagai nak rak..ada 4 kutu yg datang ini pejabat cam ada 10 orang jer.

Jam 4 petang depa blh..Fuh senang and lega hati. Suri mula cakap sapa tu mr jim? mr jim jawab bos dari HQ KL. haaa.. korang rasa aku ada takut ker? urm...tak sungguh pun ckp hq dari Kuala Lumpur sebab Suri tahu klu hq bis bos sure lelaki bukan perempuan cina. Dan Suri yakin mereka 4 kutu dari HQ mungkin berkerja bahagian account. Sebabnya depa asyik tanyer billing jer haa. Biarlah depa nak bawak cerita apa sekalipun andai di soal suri boleh sahaja bidas if mereka tak suka kat Surilah.

Tapi yang amat meluatkan hati bila tiada budi bicara yg baik pada orang cam kita kerja biasa-biasa ini. Depa ingat kaya sangat ker berlagak semacam jer. Isyh..isyh tak kemana ar dengan cara yang begitu. Rasanya tidak salah kalau depa masuk pejabat Suri cakap baik-baik and jelaskan kami dari blah...blh..nak buat semakan ker..nak selongkar fail2 lama ker...kan bagus cakap begitu,sure aku layan ok jer. ini tidak!! Insyallah boleh gak Suri bantu apa-apa yang patut.


ker mereka tiada belajar apa itu adab? or dulu masa sekolah mereka ponteng kelas moral... ?


6 ulasan:

akubiomed berkata...

Orang HQ biasalah tunjuk kuasa. Kita ini timun dan mereka pula durian.

tehr berkata...

dulu2 memang ada belajar moral
tapi ilmu dah tertutup dengan masalah dunia
huh.

Pelangi cinta berkata...

Ab
wah bgtu kes dia..kita layan dalm diam jer hee...

Pelangi cinta berkata...

tehr
susuh bgtu baik kaji balik ilmu tu sblum terlupe heee

Mekar berkata...

Kenapa mr jim tak beritahu awal2 mem tu sape !??

cahaya berkata...

mekar
dia buat dek je tahu tapi sajae bt bodoh