Rabu, 5 Oktober 2011

Meluatnya Bercakap Dengan Orang Yang Berlagak

Petang semalam kawan bos Mr Yoh ada menunggu salinan fax dipejabat Suri. Lama tunggu tapi tidak kunjung tiba. Jam 3 petang fax di terima. Tapi sayang salinan yang dihantar ditak jelas atau senang cerita kabur.

Suri perlu tanggungjwab bila keadaan begini berlaku sebab suri je sorang pekeje kat sini huhu. Jadi Suri ambil keputusan untuk call no yang tertera di lampiran fax tersebut. Suri cakaplah ini syarikat blh..blh.. Cik ada fax kat kami dokumen penistiharaan jualan atas nama plaintif OCBC Bank dan nama defendan blh... siap bagi detail lagi supaya senang Cik tu nak buat semakan.

Bukan ini no Cik, dia kata kat Suri. Kenapa pula Suri bertanya. Cik call ini nombor cawangan. Pastu Suri cakap ok tak mengapalah habis tu saya nak call siapa ya? Cik yang tu cakap baik terus call no hp 013-blh..blh.. Suri matikan cakap ok.tq.

Suri call no 013-blh..blh...
Suri pun cakap sama seperti diatas,

Tiba-tiba Suri dimarahi. Dia india boleh cakap you ni tiba-tiba call i kenapa? Suri jawab sebab saya syarikat hartanah saya ingin tahu En ke yang fax jualan ini pada saya.

i tak tahu apa-apa? You ini cakap apa? Apa sal you call i?
Tadi saya call cawangan dia kata dail no hp ini. Tu yg saya call en. Saya cakap pasal hartanah nilah En ada hantar ke? Kalu encik ada hantar saya minta En faxkan semula pada syarikat saya kembali.


You ini orang malaya ya? orang MELAYU?
Aik main kasae ar pulak. Dalam hati Suri geram setahu aku ar kau tu pelelong biasa-biasa jer asal ar nak berlagak cam raja pulak. Tak boleh jawab baik-baik ker.

Haa saya orang melayu kenapa? kata Suri.

You haa orang melayu kalau apa-apa yang tak clear jangan call sayalah. Ini main tuduh-tuduh saya hantar apa semua.

Eii..dalam hati Suri cakap saya tak tuduh ko mangkuk gerr..saya hanya bertanya baik-baik. Kalu en ada hantar fax pada saya tolonglah fax kembali ya tu jer. Yang ko nak baran-baran pasal apa?

Sabar..sabarlah hati manusia sekarang memang tiada adab. Dan lebih begang lagi bila Suri berurusan dengan peguam india berlagak nak mam... kita cakap elok-elok dia boleh tinggi suara kat kita. Kita tahu kita ini kuli gaji tak tinggi tapi tolonglah hormat orang bawahan sikit. Ingat kalau orang bawah tak der ko pun buat kerja macam itik baru belajar berjalan itu belum tentu lepas lagi ke idak.

Balik.. dalam bas Suri beristifar banyak-banyak. Bukan ke bahasa yang baik tu buat orang nak dekat dengan kita lagi mudah. Nak minta pertolongan pun orang akan mudah lakukan kerja kita. Isyh..tak paham orang sekarang ini..

Last tu Suri terus letak ganggang. Lantaklah ko nak ceramah pasal melayu ker apa. Macam betul sangat kita jawab sikit dia marah-marah dan bising2 jer lebih..

9 ulasan:

bEe berkata...

Huhuu
bEe pun pnh melalui fasa yg sama mcm suri

kita nak mrh takleh nnt kena komplen :-P

Sabar ya!


***bEe takleh buka hosting cahaya cinta lah.... :-( tak tahu nape

bEe berkata...

Hurrrmmm
ke company bEe block ek!!!

Dari last week tak dpt huhuhuu

juanita aka tetikusrusak.net berkata...

eh..ehh..ehh....
klu jue la kan jawab balik
u x pahamm bahasa melayuuu kaa semula kat dia

cahaya berkata...

bee
skit hati rasa klo dia ada depan nak bgi dia sebiji penombok

cahaya berkata...

bee
haa tu pasal org lain ok jer heee

cahaya berkata...

tetikus rosak..

rasa nak lepmpang mulut dia heeee

tehr berkata...

wah, apasal dia tu?
tak makan capati lagi ke?

cahaya berkata...

tehr
haa tak makan lagi kot..atau ada yg tak dpt mlm tdi huuuu

akubiomed berkata...

Ohh Suri sudah bertukar menjadi hijau :-)