Sabtu, 30 Julai 2011

Meniti 10 Tanda Besar Kiamat

Salam sabtu untuk semua.


Sudah penghujung bulan kita melangkah deras sungguh masa yang berjalan seperti degupan jantung kita berdetak lagaknya. Insyallah hari isnin ini kita bakal menyambut kedatangan ramadhan dengan penuh kerahmatan dan ketaqwaan. Amin.

Seperti biasa tirai jumaat Suri akan membawakan kisah pengajaran ataupun tauladan. Semalam Suri tidak berkesempatan untuk menaip cuma publis entri yang sedia ada sahaja huhu. Baiklah tanpa membuang masa apa kata kita ramai-ramai ikuti tanzir oleh Amal Islami.


Sabda Nabi Rasulullah s.a.w.:
"Keluarnya tanda-tanda kiamat itu ialah sebahagian. (ia) berturutan seperti rangkaian Marjan iaitu seperti (mutiara) yang dirangkai (diikat) pada tali."
Riwayat Imam at-Tabrani dari Abu Hurairah r.a.)

Sabda baginda s.a.w. lagi: "Tanda-tanda kiamat (besar) itu bagaikan marjan-marjan yang disusub pada dawai kawat. Pabila dawai itu diputuskan, maka sebahagiannya mengikut sebahagiannya."
Riwayat Imam Ahmad daripada Sayidina Abdullah Bin Amir r.a.


Begitulah penjelasan Rasulullah s.a.w. tentang sifat berlakunya tanda-tanda besar kiamat di penghujung usia dunia ini nanti. Bila berlaku sahaja tanda besar kiamat yang pertama, maka selepas itu akan muncul dan berlakulah satu - persatu bakinya.

Keluarnya tanda-tanda besar kiamat (Asyratus Sa'ah) itu memaham, menyedar dan mengingatkan kita betapa dekatnya gempa kiamat yang bakal memusnahkan alam fana ini. Manusia yang hidup di kala ini terjadi tanda-tanda besar itu akan menyaksikan banyak perkara yang tidak pernah diduga olehnya selama ini.

Kalau sekiranya angin hidayah itu masih sudi menjamah jiwa akhir dunia kala itu, maka wajiblah ia bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang mengurniakannya rahmat-Nya. Sesungguhnya yang kembali menghadap Allah dalam keimanan kala itu adalah jumlah yang amat kecil sekali. Semoga Allah memelihara kita daripada fitnah dan huru - hara kiamat itu.


Kiamat Bukan Sandiwara.
Kenapa kita katakan begitu? Kerana memang wujud manusia yang menganggap soal kiamat dan akhirat itu satu 'sandiwara' sahaja dan tidak masuk akal. Mereka mempermain-mainkan kewujudan hari pembalasan itu.

Mereka ragu-ragu dengan ayat-ayat Allah yang menceritakan tentang kiamat mahupun hari akhirat. Sehingga ke saat akhir umur mereka pun, mereka masih leka dan masih melengah-lengahkan peringatan Allah s.w.t. dan pesanan Rasul-Nya.


Bersambung..

Khamis, 28 Julai 2011

Penawar Selsema

Salam..
Hari ini keadaan Suri kurang sihat makanya mood ingin berblog kurang rancak huhu..Asal cam sipot sedut malu nak masuk rumah sendiri..

Ikutkan ini entri semalam hari khamis heee.. tak done nak publish sebab kejar bas semalam takut tertinggal heeee.

Berbicara pada selsama uh memang amat di benci oleh semua orang hatta pada bayi pun jika kita melihat hidung sentiasa meleleh pun sudah merimaskan kita apatah lagi kita sendiri yang melaluinya huhu..


Berikut Suri kongsikan beberapa petua untuk dikongsi pada semua. Harap kalian semua dapat manfaat dari entri ini :-

Mengikut kata-kata orang dahulu jangan mandi pagi kerana di fikirkan air tersebut pasti sejuk. Namun begitu sekiranya ingin mandi anda dinasihatkan agar mandi didahulukan pada bahagian kaki dahulu. Jangan mandi di mulai dengan kepala sebab ia akan melambatkan penyembuhan selsama anda kelak. Paling bagus mandila air suam-suam kuku. Sebab haba boleh menurunkan suhu panas dalam badan kita.


Selalunya kanak-kanak atau bayi orang-orang tua dahulu akan menggunakan kunyit hidup diasah belakang pasu kemudian selawat sambil di sapukan pada hidung bayi.

Basuh kulit kayu manis dan kunyahkan ia sedikit. Ia membantu mengurangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan.

Sediakan susu panas dan kemudian campurkan sedikit sebuk kayu manis kedalam minuman tersebut dan minum semasa air tersebut bersuhu panas. Ia membantu menghangatkan badan segera.


Batang sirih di ambil dan di tumbuk atau di hancurkan sehingga ia mengeluarkan lendir. Kemudian sapukan lendir tersebut atas hidung yang selsema. Cara ini memudahkan anda bernafas secara normal. Insyallah hidung anda tidak akan tersumbat jika dilakukan setipa sehari sekali.

Beli buah-buahan oren dan jadikan ia sebagai jus buah-buahan tapi JANGAN di campur dengan ais. Amnya buah oren kaya dengan vitamin C.

Jangan lupa pada entri yang lepas ada juga petua ini limau campur madu :)

Rawatan paling cepat jumpa doktor minat ubat. Cuma tahan mengantuk ke tidaklah hee..

Selasa, 26 Julai 2011

Alami Kain Lampin Moden Part I

Salam..

Pada entri yang lepas Suri ada mengatakan asyik berlunantoskan anak. Kali ini Suri berpeluang berkongsikan pengalaman itu bersama kawan-kawan semua.

Masih ingatkankah kita akan kain lampin yang berwarna putih dan bercorak-corak tu. Selepas era moden sikit bertukar pada pelapik getah yang menyaluti kain lampin setelah itu diakhiri dengan mencucuk pin besar keatas kain lampin tersebut.

Itu kisah dahulu sekarang punya hot moden telah ditukarkan kepada kain lampin moden yang mudah di selenggarakan, menjimatkan wang di samping menyelamatkan bumi kita dari bahan-bahan yang sukar untuk di pupuskan.

Ya! Katakan sedia untuk MEMBERHENTIKAN kos membeli lampin pakai buang =)

Kini lampin kain moden atau nama lebih singkat di sebut sebagai "cd" dalam bahasa english membawa maksud cloth diaper. CD cover luar ini dibuat dari Polyurethane Laminate (PUL) sejenis kain yang kalis air dan tidak mudah bocor.

Tahukah kawan-kawan bahawa lampin kain moden terdapat dalan dua pilihan. satu jenis velcro dan satu lagi jenis berbutang.


Perbezaan lampin kain moden jenis velcro dan snap button (butang)
Gambar dari blogspot mystylobaby.com




Kenali keperluan asas kain lampin moden seperti rajah diatas:-
  1. Bahagian pertama kanan adalah sekeping kain lampin moden.
  2. Bahagian kedua berwarna putih dan sedikit memanjang di panggil sebagai insert.
  3. Bahagian ketiga takkala anda membuka lampin kain moden yang pertama tadi maka bukaannya akan menjadi sedemikian rupa.

Cara penggunaannya:-
1) Buka kain lampin moden anda seperti rajah di atas (bahagian ketiga).
2) Masukkan insert. Anda akan dapati ada poket kecil dibahagian dalamnya.
3) Laraskan butang yang terdapat pada kain lampin moden tersebut. Lihar rajah ehsan dari sumber google seperti dibawah:-


Saiz s- butangkan barisan butang yang pertama (dari bawah) di bawa ke baris butang ke-3



Saiz M –butangkan barisan butang ke-2 (dari bawah) ke barisan butang ke-3


Saiz L-Tidak perlu dibutangkan. Walaubagaimanapun ia bergantung pada tubuh bayi anda. Sekiranya longgar maka anda haruslah butangkan agar cecair air kencing atau najis tidah jatuh.

Sedia di pakai untuk bayi anda dan jangan lupa butangkan bahagian kiri dan kanan bahagian atas lampin kain moden agar ia berpadanan dengan saiz pinggang bayi/kanak-kanak.


Sekian kelas kita untuk minggu ini hee...

Isnin, 25 Julai 2011

Tukar Tapak Rumahlah Nampaknya..

Salam
Uh tak pernah-pernah berderet draf dalam entri blogspot ini. Asal syok update anak pula buat hal. Bila keadaan sudah selesa Suri merangka sehingga ke perenggan kedua. Suami pulak dok memanggil. Loh aje bila nak siapnya yop ..yong..

Wait..yang tu terus publish jer letak gambar adjust ayat sikit donelah tu. Harini ini update blog sekadar ingin menyatakan pada kawan-kawan berkenaan dengan blog cahayacinta.com hostingnya bakal ditukar dalam masa yang terdekat ini. Insyallah setelah siap sepenuhnya blog cahayacinta.com akan berkeudara seperti biasa.



Rindu oik. .
Lemas sudah takat parah dah ini. .
Sampi naik rimas. .

Semunya tak berjalan seperti biasa. Down terus huhu. Tak sangka segetir sungguh menjadi seorang bloger ni. Sob..sob. Sambil memujuk hati berlalu pergi meninggalkan hosting. Ucap bye.bye sayang. Kekasih baru bakal menanti di tapak lebih selesa kelak. Insyallah.

cEH! Gla harta benda ni..

Terima kasih pada sahabat yang sudi menjeguk teman cinta disini. Kedatangan anda semua amat menggembiran hati kecilku ini.

Ahad, 17 Julai 2011

Oh Anak..


Salam ahad semua..

Petang ahad ini ingin Suri kongsikan satu fakta buat kita renungkan dan fikirkan bersama-sama..


Anak yang selalu dimarahi, diherdik, ditengking akan mudah merasa rendah diri.

Bagi pandangan peribadi Suri anak adalah sehelai sutera putih yang tidak mengerti akan apa-apa permasalahan kita. Kita sibuk, kita penat sememangnya bayi, kanak-kanak tidak mengenali tentang itu sebab ia diciptakan hati yang bersih, yang mereka inginkan dari anda sebagai ibu bapa hanyalah selimpah kasih sayang tidak bertepi, pelukan yang mendinginkan, perhatian yang tidak menjemukan dari anda.

Cuba bayangkan sekiranya dikala anda marah segala lontaran itu dihadapkan kepadanya akan membuatkan emosi anak anda membenci anda dalam diam. Tidak kira tika itu bayi anda masih kecil, kana-kanak hatta apa yang anda lakukan kepadanya akan memberikan kesan ingatan yang kuat pada mindanya kelak. Harus diingat jangan sampai tika si anak dewasa kelak ia akan membalas sikap sedemikian rupa terhadap anda..

Justeru itu marah biarlah berkhidmat tapi tegas, haerdik janganlah sesekali tapi anda sebagai ibu bapa yang memahami jiwa kecil mereka haruslah mendekatkan ia dengan kisah yang berunsur nasihat bukannya menjatuhkan dia.

Berilah bayi atau anak anda ruang untuk dia bertapak dihati anda, melahirkan minat yang sedia mamapu untuk dia sandang, Suri yakin berkat sokongan anda anak anda akan berjaya atas doa segala usaha yang dilakukannya kelak. Percayalah..

Setuju atau tidak sila kemukakan pendapat anda.

Sabtu, 16 Julai 2011

Cemas Hati Seorang Ayah

Salam semua sahabat..
Dalam kesempatan berziarah sanak-saudara beberapa bulan lalu, bermalam dirumah seorang bapa saudara. Anaknya ramai, seramai sepuluh orang. Lima daripadanya masih bersekolah. Tapi kebetulan dengan cuti minggu pertama semua anaknya pulang kerumah orang tua mereka. Senyum mula terukir lebar di bibir kedua orang tuanya ketika menyambut kepulangan anak-anak yang tersayang.

Maka terciptalah suasana yang lebih riuh dan begitu meriah sekali. Selain lima orang anaknya yang masih bersekolah itu memang setia menjadi periuh dan pemeriah rumah. Tumpang terhibur melihat kehidupan ceria bapa saudara dan isteri serta anak-anak mereka.

Waktu menjelang subuh hari kedua di rumah itu, terdengar suara si ayah mengejutkan anak-anaknya bangun. Bukan mahu disuruh melakukan apa-apa, cuma bangun menunaikan solat subuh. Itu sahaja. Bangun menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah yang telah dikhaskan waktunya sedari terbit fajar sadiq sampai sebelum menjegah sang mentari.

Entah keberapakali, seruan awal tidak berjaya menguak pelupuk-pelupuk mata yang tertutup kemas. Hinggalah terdengar di biasan telinga, antara jelas dengan tidak si ayah bernada sedikit mengeluh. Kiranya bukanlah keluhan penyesalan. Barangkali sekadar membangkitkan keinsafan, agar keinsafan itu pula membangkitkan sedikit pengertian di tabir hati anak-anak apa yang sedang dirasai oleh sang ayah.

"Bangunlah, sembahyang. Esok (maksudnya di akhirat) teruklah ayah. Nak tanggung beban ayah sendiri, kena tanggung beban kamu lagi,'' keluh si ayah bersahut lemah. Terhidu nada kesayuan pada pengucapannya itu.

Terbetik rasa kasihan mendengar butiran perkataan itu. Itulah cemasnya naluri seorang ayah. Selain memikirkan nasib keluarga yang harus diberikan rezeki dia juga terpaksa memikirkan nasib dirinya dihadapan Allah kelak.

Siapa sangka disebabkan anak-anak, di sebabkan isteri langkah tersadung takala menyeberangi titian sirat. Nauzubillah.

Beruntung sebenarnya anak-anak yang memiliki ayah seperti ini. Cuma keuntungan itu tidak dapat dikongsi oleh si ayah kalau anak-anak tidak mahu mengerti.

Cemas seorang ayah tidak dihargai. Dalam keadaan begini, walaupuan diletakkan kesalahan kepada anak-anak yang tidak mahu mengerti atau ayah yang mungkin kurang bersunggug-sungguh 'memengertikan' anak-anak, sudahnya tetap si ayah jugalah yang terpaksa menjawab segala pertanyaan di hadaapan Allah kelak.

Kerana itu cemas seorang ayah memang patut disuburkan di dalam hati. Mudah-mudahan ia menjadi pendorong untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Tanggungjawab terhadap kelangsungan hidup tidak sekadar meyangkut persoalan makanan, minuman, dan tempat tinggal sahaja. Sekaligus merangkumi persoalan amal ibadah, pahala dan dosa yang bakal diperhitungkan di akhirat kelak. Itulah beratnya beban tugas seorang ayah.

Sumber:Muhammad Widad-pengubahsuai ayat Suri


Khamis, 14 Julai 2011

Rindu Mula Beralih Arah

Semalam tiada entri heee.. sebab tahap gaban sangat tiada mood nak berblog ngheee..

Namun masa yang berlalu begitu pantas meninggalkan kita. Ingat masa akan berjalan, kita sahaja jangan leka. Kalau lalai masa tak akan berundur kembali. Jika berundur sekalipun hatta dalam cerita kartun or penggambaran filem sahajalah heee..

Banyak perkara yang telah Suri lalui dan salah satunya suri akan kongsikannya disini.

Suri sedang sibuk menyiapkan tempahan cokelat dari rakan-rakan terdekat. Semoga tempahan akan meningkat sedikit demi sedikit. Amin.

Suri sedang ber"lunantos" alami untuk Ayong. Urm.. Ini namanya lampin kain moden ya ibu-ibu, bapak-bapak. Yang di sudah lama berjalan dengan lancar sekitar hari sabtu dan ahad memang menjadi rutin harian Suri menyalinkan anak dengan lampain kain moden. Setakat ini dalam simpanan ada lima. Insyallah dalam masa terdekat akan beli 5 helai lagi hee.. Sob..sob..harga dia mahal maa..

Insyallah dalam tahun ini sekitar bulan 10 perjumpaan kawan-kawan satu penggambilan akan diadakan di Melaka. Berkemungkinan pertemuan itu akan diadakan chalet belakang rumah Suri ada pantai..ada deretan batu-bata untuk lepak kat hujung batu sambil duduk mancing-mancing ikan. Sahabat yang lain mengharapkan agar satu blogspot intake kami dibina hee nak berbayar tunggulah wei kalau ada yang berani sponser leee..

Alhamdulillah.
Cahaya telah dibuka hijab perlu dilabuhkan lagi dengan sebaik-baiknya. Syukur mendapat restu maka ia berjalan dengan lancar. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.


Setiap yang berkalu ada hikmahnya..

Selasa, 12 Julai 2011

4 Cara Mudah Membakar Lemak Dalam Badan

Pertemuan dengan rakan sekolah banyak meminta Suri cara-cara mudah membakar lemak dalam aktiviti senaman badan. Ikutkan petua sudah di beri pada posting yang lepas. Kali ini Suri bawakan senaman yang paling mudah bagi membenteras lemak.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan mengikut keselesaan ataupun kemampuan anda semua. Bagi yang berkemampuan mungkin ke gym sering menjadi pilihan hati, yang tak boleh lari dari keluarga pula mungkin lebih selesa dan menjimatkan wang jika aktiviti tersebut dilakukan dirumah atau bersama anak-anak.

Apapun pilihan dan kemahuan tetap di tangan anda. Pilihlah yang mana sesuai dan buatlah dengan hati yang gembira tanpa rasa tertekan.


Jumping Jacks

Melompat bicu biasanya dikenali sebagai kelas menjalankan pendidikan sekolah rendah fizikal, tetapi mereka amat berkesan. Latihan ini akan membantu menaikkan kadar degupan jantung anda semasa membuat kerja otot seluruh badan. Melompat bicu bukan sahaja membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan anda, tetapi juga membantu meningkatkan tahap ketahanan anda.

Berdiri dengan kaki anda bersama-sama dan tangan anda ke bawah di sisi anda. Jump kaki anda daripada yang lebih luas daripada lebar bahu selain dan membawa tangan anda overhed. Segera melompat kaki anda kembali bersama-sama dan membawa tangan anda turun kembali ke kedudukan bermula. Ini adalah salah satu penuh jumping jack. Lakukan senaman ini secara berterusan selama satu minit.

Cardio Kickboxing
Jika anda bukan peminat tinju tradisional, kelas cardio Kickboxing mungkin hanya untuk anda. Format senaman ini akan mempunyai anda menendang, menumbuk, melompat dan berlari semuanya dalam satu senaman. Menurut Majlis Amerika pada Latihan, satu jam Kickboxing terbakar sehingga 450 kalori


Dance Class
Kelas tarian adalah cara yang menyeronokkan untuk menggabungkan aktiviti kardiovaskular ke dalam gaya hidup anda. Hip-hop dan salsa antara bentuk biasa tarian di mana anda belajar bergerak sejuk sambil bekerja ke arah penurunan berat badan. Aerobik kelas tarian hip-hop akan menggabungkan isolations otot dan koreografi untuk campuran hebat tarian dan kecergasan. Tarian zumba juga berasaskan tarian kelas sukan yang baik yang akan anda membakar kalori dan bekerja sehingga peluh.

Jom Lompat Tali

Pengenalan

Jean Barknow seorang wanita Amerika yang pertama telah memperkenalkan aktiviti lompat tali untuk jantung pada tahun 1978 secara besar-besaran melibatkan semua umur dan pada tahun 1981 Paul Smith seorang pakar fisiologi sukan mengesahkan melalui kajian beliau bahawa aktiviti lompat tali untuk jantung yang baik dan mampu membakar lemak dan meningkatkan sistem kardiovaskular dengan lebih bekesan jika dibandingkan dengan aktiviti aerobik yang lain.

Kini aktiviti lompat tali diterima luas oleh masyarakat Eropah
dan merupakan aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak muda mereka.

Keperluan Asas Lompat Tali

1.Tali Skipping
2. Pakaian dan Kasut Sukan Yang Selesa
3. Tempat Yang Sesuai

Permulaan Melompat Tali

-Untuk permulaan, ayunkan tali dan pusing tali di sisi anda. Jika anda sudah selesa, anda harus melompat setiap kali tali yang dipusing telah mencecah lantai. Jangan melompat terlalu tinggi (˜30cm). Bagi menguatkan otot kaki, anda harus selalu melompat dengan menjengketkan kedua belah kaki dan melompat setempat

-Lakukan sehingga mahir. Jadikan ia menarik dengan mempelbagaikan cara lompatan, menambah muzik dan bermain dengan keluarga dan rakan-rakan.Cara Lompat Tali Yang Betul dan Berkesan

Memanaskan badan—Lakukan senaman ringan untuk memanaskan badan diikuti dengan regangan bagi melonggarkan otot-otot

-Panjang tali skipping—Pastikan sukatan tali skipping sesuai dengan ketinggian anda. Pegang kedua-dua belah hujung tali dan pastikan ia berada di bawah ketiak anda. Jika terlalu panjang simpulkan tali tersebut

Cara memegang tali skipping— rapatkan siku ke badan dengan tapak tangan terletak sedikit ke bawah pinggang lebih kurang 20-25cm dari badan

Laman Web Sihat Cergas Ceria

Isnin, 11 Julai 2011

Hati Tua Tetap Bersabar, Hati Muda Mudah Memberontak

Hari khamis last berkerja sebab jumaat dah bercuti hee.. Mood cuti masih ada namun mood nak berkerja masih lemau ibarat keropok masuk dek angin kus-kus heee..

Bulan lepas punya cerita..

Pagi itu seorang ayah keluar..
Woi! budak apa kau buat dekat pokok kelapa aku tuh?

Saya ambil buah kepala muda!

Kau ambil tak minta kebenaran tuan punya, kau tak malu ke minta tanpa keizinan orang..

Budak tu selamba badak jer mengambil 3 biji buah kelapa tanpa rasa bersalah dalam diri.

Tingkah ayah menggeleng tanpa banyak berkata-kata. Hati tua malas benar ingin berpincang debat bersama anak muda itu..

Hari ahad 10/7/2011

Nenek minat le ayam jantan tu aku nak beli boleh?

Ayam tu tak dijual nak..buat baka sahaja..

Nenek tak bagi, nanti aku curik ayam tu nanti

Kenapa kau nak curi?

Yelah sebab saya nak beli nenak tak bagi, saya dah minta nenek tak mahu jual jadi aku curilah..

Dan pagi itu memag ayah tak kunci reban dia kecuali malam. Ayam kampung jantan tu hilang satu hari ayam tu tak balik rebannya.

Ayah termenung..mak bising-bising begitu sahaja. Anggap tiada rezeki sudahlah. Perbuatan yang baik akan di balas baik, perbuatan yang jahat dibalas selayaknya kelak kata ayah..

Suri Gerr bedebah punya orang mmg Ha... !

Khamis, 7 Julai 2011

Lagi 1 Minggu Genap 30 Hari Cinta Derita



Serakkan bunga, dedaun pula mula kekeringan..

Ketiadaan BCC tiada bermakna tintaku patah disitu..

Tapi kuatkan hati untuk meneruskan bicara bisu disini untuk terus bermadah rajuk pada si blogspot dilayar maya. Berjanjilah padaku kau akan pulihkan kembali denai hatiku yang kian retak walau seribu itu..

Pedihnya hati bagai dihiris sembilu, tawarnaya hati bila keadaan begini. Bukan tidak sayang, sudah aku bilang sayang BCC tapi amat rumit untuk dibicarakan..

Seluruh tubuhku kaku membisu..
detak jantungku bergetar tidak menentu bagaikan terhenti buatku terduduk membatu..

Saat ku tahu bcc akan begini ku pujuk hati pasti ia akan kembali sembuh nanti. Saat sedar dengan tidak, pejam bukak mata, hari berlalu minggu beralih bulan BCC hampir mencecah 30 hari tidak berkeudara..

Terima kasih buat teman dan sahabat sebab sudi meluangkan masa singgah di sini. Kedatangan anda pengubat sepi ketiadaan cinta.

Ayong Kurik T !!!

6/7/2011
Saat kain kapas bakal di hantar ke tukang jahit hati ibu sudah berbunga bahagian. Mula-mula ibu yang ukur pas tu ayong hee.. Apalagi saat ayong di ukur dia diam berdiri sahaja. Bila pengasuhnya datang iaitu umi dia mula gelisah tak duduk diam hee. Ibu pula pegang ayong.

Tukang jahit kata baju ayong dia ambil upah rm7 manakala baju ibu rm23 kot. Dalam rm 35 cam tu le dicas untuk dua sepasang baju kurung kami. Selepas itu ibu sempat pula cakap dengan pengasuh tu nak tempah sepasang lagi sebab murah dan yang kedua baju tu untuk dipakai masa raya kat melaka pula heee...

Makan malam
Kami pergi ke kedai Ramly mee rebus. Ibu oder mie rebus ayah pun ikut sekali. Ibu pesan air tembikai ayong pulak belasah air tembikai ibu sampai kering huhu..


Dalam kereta
Ayong poootttt secara diam-diam dah le dalam kereta ayah pasang penghawa dingin. Ibu yang dekat dapat bau dulu ceh...

Dalam rumah pun begitu. Ayah cakap ayong berak. Bila ibu cek tengok tak der pun. Bila ayah leka buat keje pejabat, ibu leka surf internet ayah mengamuk sebab ayong main taik dia..

Dia..
Kurik taik dalam pempes dia pastu dia lukis-lukis kat mamar lantai rumah AdOiiii!!

Ibu geram menahan ketawa. Dia boleh tersenyum..

Lalu satu rumah ketawa..

Aktiviti melukis kat dinding..sofa dibuat tanpa jemu..


Copy entri ni dalam blog ayong nghee...

Rabu, 6 Julai 2011

Transformasi KurusTanpa Ubat

Hai semua..

Harini tidak mahu bercerita panjang cuma ingin bagi tips kurus sahaja pada sesiapa yang ingin berdiet secara sihat tanpa makan ubat atau suplemen heee..

Bicara pada atas nama Aizat Amdan pastinya semua orang mengenali beliau dengan salah satu lagu yang amat Suri minati nyanyian Sungai Lui, Lagu Kita

Mencuba menyelongkar apakah rahsia beliau kelihatan kurus dia hanya melakukan senaman lebih kurang 35 minit setiap hari, mengunjungi gym dua kali seminggu, mengambil nasi hanya sekali seminggu, lebihkan makan makanan berasaskan organik dan berserat seperti sayur-sayuran.

Namun setelah malam tadi meliaht dia di skrin tv3 slot Fuhh dia memberitahu pada umum dan Facebooknya anda hanya perlu melakukan senaman selama 30 minit sehari jangan mengelat katanya dan JANGAN makan nasi.

Hasil dari diet tersebut Aizat berjaya menurunkan berat badannya dari 112 kg ke 88 kg.

--------------------..

Siapa yang tidak kenal dengan susuk tubuh yang manis ini Nik Sayyidah Fatiha Yazid a.k.a Mek Salam Pantai Timur.

Mek berjaya menurunkan berat badan beliau dari 103 kilogram ke 59 kilogram hanya dalam masa 8 bulan. Menerusi temuramah akhbar Utusan ke atas Mek (bertarikh 23 Januari 2008),
rahsia transformasi mek adalah seperti berikut:

“Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.”

“Setiap hari sarapan cuma sebiji epal hijau dan secawan kopi. Tengah hari tak makan dan petang sikit baru makan mihun atau kuetiau tomyam. Saya juga banyakkan minum air mineral sekurang-kurangnya empat botol kecil sehari dan minum teh herba yang mama buat.”

“Setiap hari saya akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, saya ikut kelas aerobik yang mama buat. Mama saya guru aerobik.”

Ditanya adakah mek pernah mengambil ubat-ubatan untuk kurus, beliau menjawab “Saya tak percaya ada ubat boleh kurus. Kalau tak, dah lama saya kurus”


Sumber:http://sususejat.com & google


Amacam ada berani ;)

Selasa, 5 Julai 2011

Dunia Dan Akhirat

Rasa sayanglah pula pada helaian mutiara kata ini sebab bakal di potong untuk dihantar ke satu penyertaan di sebuah majalah islam huhu..

Baik ada blog kita kongsikan mutiara kata disini,

"Carilah duniamu seolah-olah engkau
akan hidup selama-lamanya.
dan carilah akhiratmu seolah-olah
engkau akan mati besok pagi."

Hadis Riwayat Ibnu Asahin

Isnin, 4 Julai 2011

Great Hog Plum a.k.a Canarium Spp

Dua posting berupdate harini..

Setelah 3 minggu bertempur dengan demam, selsema diakhirin dengan batuk ahkirnya keadaan sedikit beransur pulih..

Harini selera nak makan mengancam gila. Suah lama tak makan nasi selalu berair mata sedih jer kerna blog cinta.. Ah past biarkan.. tapi makan minum tetap diteruskan ngehee..

Tengahari tadi sempat tapau dan membeli beberapa jenis buah-buahan tempatan. Buah kedondong sama buah jambu. Ni tangah makan sambil buat kerja pejabat. My bos pulak negur? Ni mesti hamil. Eeeeee..mana ada ,mandai jer Mr.Jim tau.

Bila tangan dok sumbat kedondong dalam mulut Suri pula kekeringan idea google jer maklumat tentang buah kedondong.

Buah kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Canarium spp.. Buah kedondong dipanggil dengan nama buah amrah di hilir Perak.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.Pokok buah kedondong pula Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm.

Khasiat kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm.


Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu, mimuman sejuk dan jeruk Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.

Menuntut Keadilan

Seorang wanita dari keluarga Juhainah yang telah hamil kerana berzina, mengadap Rasulullah s.a.w. menuntut dirinya dihukum.

Dia mengadu, "Wahai nabi Allah, aku telah melakukan satu perbuatan yang harus dihukum.
Laksanakanlah hukuman itu ke atasku"

Baginda pun memanggil ahli keluarga wanita itu dan meminta mereka menjaga wanita itu sehingga dia selamat melahirkan anaknya. Setelah selamat melahirkan anaknya, wanita itu kembali kepada Rasulullah s.a.w. dan menuntut supaya dia dihukum.

Apabila wanita itu meninggal dunia kerana hukuman rejam yang dikenakan ke atasnya, baginda menyembahyangkan jenazahnya.

Sayidina Umar bin al-Khattab bertanya,

"Apakah engkau menyembahyangkannya sedangkan dia telah berbuat zina?"

Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Seandainya taubat wanita itu dibahagi-bahagikan kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah, ia masih belum mencukupi.

Pernahkan kamu menemui taubat yang lebih baik berbanding taubat wanita ini? Dengan jujur dia menyerahkan dirinya supaya dilaksanakan hukuman Allah ke atasnya".

Sumber Majalah Anis 2001

Sabtu, 2 Julai 2011

No Idea ..

Salam sabtu kawan-kawan..

Harini open topik hee..

Apa korang buat aktiviti pada hari sabtu ini ?