Seawal 8.00 pagi Suri mula menghirup lembaran blog adakah kerana masih menunggu Cik CINTA muncul. Sudah penat ku berdiri menanti akan kehadiranmu. Namun kau masih tidak kunjung tiba..
Biarkanlah..
Nanti tika rajuk sudah bersisa pasti ia akan pulih kembali. Lalu akan datang kepadaku kelak. Sambil memujuk hatiku berserah kepadaNYA selalu..
"kawan suri dah call hosting provider dia kata masih tengah berusaha untuk settle kan masalah tu"
Harap-harap semuanya akan dapat di selesaikan dengan secepat yang mungkin. Amin.
. . . . .
Baru-baru ini Suri ada dapat hadiah dari seseorang teman maya. Rasanya tidak sampai setahun Suri mengenali hati budinya. Tapi pautan kasih yang terjalin ibarat kami seperti adik dan kakak.
Jeng..jengg..siapakah gerangannya itu? Hadiah apakah yang di beri?
Lihat lirik mataku menguntum sebuah senyum kepadanya. Lalu bertebaran di ruang udara.
Hadiah dia lebih kurang kat atas tu. Cuma dia berbentuk keretapi, roda boleh bergerak2
Ya sudah pastinya dia dari sahabat maya Suri. Di mana lagi sih dari Cik Puteri sebab sudi bagi hadiah bingkai gambar kat Suri. Ternyata bingkainya amat menarik sekali
Terima kasih sekali lagi Cik Puteri atas hadiah yang di beri. Semoga rezeki Cik Puteri akan lebih murah dan melimpah lagi..
Memang Suri tidak menjangkakan akan ada orang sudi menghadiah Suri barang. Percuma lagi tu. ahak..
9 ulasan:
cantiknya bingkai gambar tu..cute sangat.. =)
Tak ape kalau dapat bingkai. Dia suruh framekan gambau Suri
cantik! nak satu jugak.. hehehe
wah dapat kejutan tu...
moge masaalah cepat diselesaikan
hehe dunia blog memang menarik utk diterokai
Alhamdulillah, ada rakan macam tu. Semoga terus berkenalan. :-)
p.s: blog tu ada masalah apa?
pakai paid hosting mmg best tapi ada downside nya. Saya pun baru pindah hosting lain tapi tetap juga tadi ada down kejap server dia... Hmmm..
Harap2 cepat selesai masaalah blog Suri tu. Buat masa ni, lepak di sini dulu la kan?
Harap-harap blog suri tu cepat selesai masalahnya ya. Amin....
tahniah la suri ye ;)
Catat Ulasan