Rabu, 28 Mei 2014

Cara membuat baju kaften baju kelawar caften

Salam..

Cara membuat baju kaften baju kelawar caften..wah biar benar pertama kali aku buat baju kaften a.k.a membuat baju kelawar ini. Test untuk anak dara sorang ini kebetulan sabtu ini ada buat kenduri syukuran sebab biras saya dah hamil hampir 5 bulan ;)


Cara membuat baju kaften baju kelawar caften
Seronoklah tengok orang hamil awak just ambil berkat, membantu dan memeriahkan sahajalah majlis itu nanti.Cara membuat baju kaften baju kelawar caften aku main terjah jer tapi aku buat kelainan tang leher dia jer.aku separa bulat cam kita buat baju kurung itu. Tunggulah aku ada rajin sikit aku nak biat bentuk leher "v" heee..



Sungguh aku tak ada masa sekarang ini. Mak, ayah aku dan akak aku nak datang melaka heee jadi kaedahnya aku cukup merasa tertekan. Dengan blog, dengan jahitan ini dnega sok pikir buah tangan apa aku nak bagi nanti. 


Adoi..

Biras minta bju warna putih. Aduh mana nak rayau nak beli mahal. Duit lagi heee.. Oklah nanti dah siap cara membuat baju kaften baju kelawar caften aku mau up satu entri lagi di sini hee..

Tunggu yer!

Isnin, 26 Mei 2014

tulang ikan terselit di celah gigi bukan tertelan tulang ikan dah..

Salam..

Stress tahap gaban bila selesai makan dan minum segelas air aku terasa seperti ada sesuatu terselit di celah gigiku.

Sahlah tulang gigi ikan kembung yang halus gila tu boleh terlekat /terselit di celah gigiku.Hadoi dah tak der tempat lain ke nak menyelit. Sengal.

Dari belek lebih dari tiga puluh minit akhir aku pi solat....

  • Lepas siap aku pi pula kunyah makan nasi belah tepi gigi yang terselit tulang ikan itu.
  • Aku umpil dengan penyedut minuman pun masih gagal jugalah itu sudah siap penyeduit itu aku potong menyerong dengan pak gunting. 

  • Apa lagi jarum peniti yang kepala dia warna - warni itu yang hujungnya tajam uh...semua hasil serba tidak menjadi a.k.a tidak berjaya.
  • Berkumur-kumur..



Geram bukan apa sebab aku tak rasa selesa nak buat semua kerja. Pendek kata serba tak kena selagi tulang gigi ikan ini masih tersembul di celah gigiku. GrRr..


Hilang sungguh mood aku nak buat kerja tangan bagai.

Ada jumpa petua best sana tapi masih tak boleh kelaur jugalah uhu..kornag ada petua yang lain tak?

Ahad, 25 Mei 2014

Piala Thomas 2014

Salam..

Pusing jalan tak ke mana semua hanya update semata-mata hari ini kita nak tengok piala thomas 2014 apa yang di harapkan semua yang di impikan akan kembali menjadi milik kita lagi.


Piala thomas 2014 impian setiap pejuang dan penyokong rakyat Malaysia



Piala thomas 2014 mari kita doakan kepada mereka semoga kalungan pingat ini akan kembali ke tanah air kita.


lakaran piala thomas 1992 mungkinkah  piala thomas 2014 akan kita dapat kembali??

Sabtu, 24 Mei 2014

Panduan Pantas Membuat Jubah Princess Cut

Salam

Aku semakin tidak sabar untuk membuat jubah princes cut. Kalau dapat aku nak buat jubah princess cut kembang payung. Lagi kembang lagi menawan kau haaa..

Best bila kita pakai kasut tumit tinggi sikit pastu berayu dengan jubah... jatuh beralaun dan cantik. Persis kita dah  jadi macam seorang princess gitu

Ya, percayalah nak beli sepasang jubah mahal. Kalau ada kualiti tapi kurang berbaloi. Selalu mula pakai okeylah bila masuk kali ke tiga mulalah jubah ini kurang lasak bila di basuhlah, warna tak seperti yang di harapkanlah. Harapkan harga sahaja mahal jer.

Pada hal boleh jer kita beli panduan membuat jubah baru berapa puluh jer. Kalau di badingkan kita membeli jubah satu dapat pakai satu jenis jubah jerk.

Beli panduan buat jubah princes cut macam-macma pakej korang akan dapat tau! Pakej 4 dalam 1 itu. Alah orang kita suka buat macam itu heee..beli satu barang percuma dapat panduan jubah yang lain pula. Ha..kira macam itulah kaedahnya berbaloi jugalah tau.


Kalau kau orang pergi kedai sekalipun beli jubah satu lagi memang akan dapat free tapi korang wajib bayar lebih sikitlahkan tapi ini Panduan Pantas Membuat Jubah Princess Cut akan buat korang nak buat jubah tahun ni dengan begitu banyak sekali!

Jumaat, 23 Mei 2014

Grrrrr....!!

Salam.
Geram tahap gaban dah beraja jam hadap pc apa tak kena entah. last aku malas nak update blog. bila muat naik pic semua berdouble pada hal aku muat naik satu gambar jer gerr..

bengang tahap gaban... sabau..jelah.

Khamis, 22 Mei 2014

Mengira Hari Kemeriahan Dalam Rumahku

Salam.

Mengira Hari Kemeriahan Dalam Rumahku..Semakin menghitung hari untuk menerima kehadiran keluarga dari Melaka bertadang ke rumahku. Mana tak rasa seronokkan bila ibu ayah, kakak  dan anak sedara datang rumah. Pastinya kemeriahan rumah memercik keriuhan.




Mengira hari kemeriahan dalam rumahku itulah yang aku harapkan dari kejauhan. Siapalah yang ingin datang rumah aku yang jauh ini. Melainkan aku duduk Melaka, Kuala Lumpur uh...kalaulah dia dapat berpindah kerja di sana okey jugalah haa...Amin.

Rindu dan rindu pada mereka semua ;)

psst..Mengira hari kemeriahan dalam rumahku dia ada berpesan 

jangan lupa kemas rumah cantik-cantik heeee

Selasa, 20 Mei 2014

Ujian Pertama Taska Umur Lima Tahun

Salam..

Hari hujan begitu lebat sekali. Mula ia hujan renyai pastu setop kejap. Patu hujan kembali. Hati aku semakin risau harap sis hantar anak aku akan send dia by kereta not motokar


Ujian Pertama Taska Umur Lima Tahun..
Hari ini juga anak aku ada amik pekse di tadika uh.. Semoga dia berjaya hendaknya. Itulah usia lima tahun kena hadapi semua ini. Kesian dekat dia. Aku tak bagi tekanan dekat dia cuma bagi dia semangat sahaja dan katakan ingat jangan bagi kertas jawapan itu kosong yer hee...



Ujian Pertama Taska Umur Lima Tahun..
Kelakar sungguh. Ia mengingatkan aku akan memori aku amik pekser. Itu pun masa umur aku tadika heee...enam tahun aduh...duh..


Ujian Pertama Taska Umur Lima Tahun Semoga anak aku dapat jawab dengan jayanya. Amin

Isnin, 19 Mei 2014

gebuh gigi sakit

Salam..

Uh..saya berjaya melawan rasa malas heee...hadap gebuh-gebuh selimut. Besok saya mau jahit binding pula hoyeh..

Padahal gigi saya aduh...

Jumaat, 16 Mei 2014

oh yEAH !!! kawaii lolita

Salam..

cara membuat skirt kawaii lolita

http://www.pinterest.com/snowpandalydia/kawaii-lolita-steampunk-pastel-goth/

Geram Jom Cari Idea Buat Baju Homemade Lolita

Salam..

Geram Jom Cari Idea Buat Baju Homemade Lolita...petang ini aku sedang packing beg untuk 2 hari satu malam ke meru. Aduh jenuh gak nak cari kawan siapa yang pergi area ipoh ini.

Orang yang ajak aku tu pun bila di soal sepatah jer dia jawab. itu ada soalan yang aku ajukan dia diam jer. tension gak aku. sekali rupanya dia guna orang tengah. Tapi be serius sangatlah member itu uh..sobau..sabar..



Esok aku akan bertolak dari rumah. Apa lagi minta suami hantarlah pagi buta sebab hari sabtu dia kerja mah. Gila punya kerja. Jadi aku plan wajib bawa novel heee...sementara menunggu mereka yang dari kl turun ipoh.

Apa hal aku kena makan cukup-cukup kalau lapar payah loh..aDuh...dah aku sorag je dari ipoh. sedih sadis bangat ni heee...



Geram jom cari idea buat baju homemade lolita..Aku mahu pergi tapi hati berbelah bagi. Sebab aku bosan kot duduk rumah heee.atau aku suka pergi sebab nak cari suasana ramai orang boleh. Tapi bila fikirkan semula habisnya jam 1 pagi. Kira sekitar jam 2 pagi habis. Aku rasa agak mustahillah si dia nak amik aku ke sana nak bawa aku balik rumah hurm..



Tak apalah..
biar aku packing beg dulu.kalau kata aku tengok ada kenal depa sertai aku sertai.kalau kata tak aku malas nak pergi. kesian pula pada dia hu....

Sweet Lolita, Classic Lolita, Punk Lolita, Wa Qi Lolita, Dandy Lolita ,Gothic Lolita semua cantik namaya. Minat gila dress mereka terkadnag masa geram inilah datan idea gila-gila hee..

Korang minat dress lolita Sweet Lolita, Classic Lolita, Punk Lolita, Wa Qi Lolita, Dandy Lolita ,Gothic Lolita tak? aku suka sebab baju dia cantik. Tapi tak suka bab baju belah sana sini tu. cukup untuk suntik idea buat baju anak dan baju kemeja aku ok gak kan :)



Sweet Lolita, Classic Lolita, Punk Lolita, Wa Qi Lolita, Dandy Lolita ,Gothic Lolita kalau geram inilah jadinya :( ayuh haaaa Geram jom cari idea buat baju homemade lolita moh cari kain potong kain heee...

jom cuci mata dekat sini


Her Legend Korea

Salam

Her Legend cerita best aku baru je tengok dua ke tiga kali tapi sayang sampai sekarang aku tak tahu bila jalan cerita ini run.

Her Legend suka pelakon ini pegang beg ker borong beg heee..




Seronok sebenarnya melihat lagenda orang berjaya inikan. Ia satu motivasi buat kita untuk berjaya ke depan.


Wajah korea yang berlakon tak perlu kata sah memeh mereka ini kacak heee..Apa lagi yang perempuan.
Jalan cerita korea ramai peminat tegarnya sendiri

Kenapa?
Sebab jalan cerita tak di jangka oleh kita. Kalau cerita melayu bukan main kita dapat agak lepas kejadian ini apa pula yang akan berlaku.
   

Her Legend
Apa pun Her Legend mempuyai kekuatan cerita yang tersendiri. Bukan pasal cinta sahaja tapi kehidupan, perhatian, kasih sayang, janji dan keikhlasan di dalamnya.

Aku dah lama tak tengok cerita ini. Last aku zaman masuk kolej dulu rajin ar sekarang susah sebab hadap belog, meisn jahit, quilling bagai. Kalau free pun sambil tengok Drama  Her Legend Korea  lipat baju. Itu kalau ada baju tak berlipat kalau tak baca novel untuk restkan minda sambil minum secawan teh panas.

Khamis, 15 Mei 2014

Selamat Hari Guru 2014

Salam..

Esok sambutan hari guru 2014 dekat tadika sekolah anaklah. Apa benda yang aku nak buat eh. Adakah menyediakan menu bihun sebab anak aku suka gila dekat si bihun. Kalau goreng mee kuing ok juga mudah dan lancar penyediannya heee..tapi yang penting tak pedaslah uh...

Buat mee kuning kene celur dengan air panas dua tiga kali sebab ada kapur. Leheh..leceh sungguh :(

Bila dua tahun aku letak anak aku kt sana syukur semuany berjalan dengan lancar. Bolehlah. Nak kata dia pandai 100% aku tak berharap sangat tapi alhamdulillah dia boleh baca abc tu walaupun dia terkadang konpisu huruf B dan huruf D aha..


Sabar sahajalah wahai hati..

Selamat Hari Guru 2014..
Oklah aku nak ucapkan selamat hari guru untuk guru pernah ajar aku membaca, mengira, menulis, mengecam warna, macam mana nak tengok mata jarum jam panjang, mata jarum jam pendek heee..sifir dan mcam-macam lagi. Jasamu akan di kenang sampai bila-bila :)


Selamat Hari Guru 2014 terima kasih guru sebab mengasuh dan mengajar anak aku. Kalau tak ada kesabaran mana mungkin anak-anak mahu ke sekolah tiap-tiap hari dan bijak berkata-kata kans..

Isnin, 12 Mei 2014

DIY Jubah Menawan Cantik Beralun

Salam..

Hari ini aku mengadap si white aduh..duh..pusing kelapa tidak tapi jenuh nak tetas kain dan hadap benda lama-lama. Semoga ia akan berjalan dengan lancar dan jayanya heee.DIY Jubah Menawan Cantik Beralun itulah salah satu task aku sedang kerjakan.


Harap-harap minggu ini aku dapat ikut si dia ke nilai untuk borong corak kain kapas 2014  heee.. Tak sabar wei kain murah-murah. Apa lgi aku jenis yang mudah jatuh cinta pada design ala engish stail dan lolita suri haaa.. Kalau tak dapat beli tiga meter kata orang beli 2 meter ia tak. Lepas untuk bahagian tangan, dada oklah tu.tak pun kita letak bawah kaki boleh buat ala-ala cam kita pakai skirt jubah cantik kembang menawan gitu hee.eeh. 

Itu pasallah aku suka buat jubah menawan cantik bab princess. Idak menyemakkan fikiran mudah dan jahit lurus jerk. Alah macam korang jahit langsir itu macma itulah jahit lurus :)


Insyallah lepas sidai baju dekat luar, mandi untuk solat baru hadap mesin jahit kejap lepas tu hadap kain nak potong kain untuk baju hari raya ar..Kalau kata boring karang kita tengok tv sambil tangan melipat kain. Erk padahal waktu melipat kain belum time up sebab baju kan baru je nak nyidai haaa..

Nak buat pelbagai DIY Jubah Menawan Cantik Beralun SINI

Pstt..Tak suka jubah sama dengan orang lain sungguh tak bestkan!

Ahad, 11 Mei 2014

selamat hari ibu

Salam.
selamat hari ibu untuk ibuku.untuk diriku juga. 



selamat hari ibu. Tak sangka sebab dapat melahirkan anak dan memiliki anak. Ia satu ruang yang indah dan cukup membahagiakan.



selamat hari ibu ya.

Sabtu, 10 Mei 2014

Cara Dan Panduan Membuat Jubah Mewah

Salam..
Cara dan panduan membuat jubah mewah tak cukup tangan heee sebab buat jubah sendiri. Hari puasa nak dekat baik buat cepat-cepat heee..bukan apa saya nak kejar masa kalau boleh tak nak hadap kain ini semua ..

Jomlah berehat.saya rasa penatlah pula heee...ah sebelum itu jom baca apa best dapat buat jubah sendiri ini?

Kalau berminat ayuh mencuba cara-cara dan panduan membuat jubah dengan teknik yang betul. 

Jomlah.

Beli Mahal, cuba buat lagi save budget!

Jubah cantik dan puas hati adalah jubah apabila kita buat sendiri. Sebab kita yang mereka designnya betul tak. 
"Suka jubah letak lace"
"Aku suka letak renda" 
 ....Aku suka buat bawah kaki dia itu letak dua tiga warna mesti boleh masuk dengan semua warna tudung!


Jom serbu cara dan panduan membuat jubah mewah dengan pelbagai gaya ini sebelum harga ini di naikkan!

Khamis, 8 Mei 2014

Lolita Suri !

Salam..

Hari ini aku rajin up lagi entri hee..biasalah blogspot boleh taip suka hati mak ayam itik kuda bagai. Aku nak hadpa quilling petang ini. Semalam dia cuti aku hadpa meisn jahit tapi apa aku hadap semua gagal. Sah aku kena google tapak mesin jahit tu lagi.


Lepas singgah belog kawan, sapa teman fb, campak link sana sini nd solat aku nak habiskan baca novel dulu. Lepastu hadap quilling ok tak?

2 hari aku kurang sihat hari isnin dan selasa.hari rabu semalam aku sihat syukur.tapi ini hari bahu aku sakit.sungguh aku tak berdaya nak balas kunjugan rakan.mana mampu je aku balas.

daaa..

jom jahit Jubah A Cut,Moden, Princess Cut, Empire Cut & Peplum

Salam.

Alhadulillah jahit Jubah A Cut,Moden, Princess Cut, Empire Cut & Peplum semakin mendapat sambutan. Kata orang masa inilah paling penting untuk menarik rezeki datang kalau kita mencuba tanpa rasa jemu. Apa lagi rezeki melalui sumber yang kita belajar sendiri dan manfaatnya kita dapat jana wang!

Bulan ini. Perkara yang tudak di jangka aku dapat tambah pendapatan lagi..lagi dan lagi.Syukur sebab usaha yang aku pelajari tak makan di situ sahaja malah ia mengalir tanpa henti.

Bangkit dan berusahalah kalau ingin berjaya. Macam aku bukan ini hanya duduk di rumah, memasak, kemas rumah, bangun awal pagi, hadap belog, berquilling, hadap mesin jahitkan.Semua kena ada usaha yang berterusan. Kalau tiada usaha mana korang nak dapat duit yer tak heee..Apa lagi jika usaha untuk suka-suka terkadang pun boleh hasilkan minat :)

Jomlah kita belajar buat pola jubah A cut, buat pola jubah moden, buat pola jubah princess cut, buat pola jubah empire cut & buat pola jubah peplum. Benda nak jahit tidak susah kecuali korang minat dan suka. Ingat membuat jubah mudah tapi perasan tak bila nak beli jubah yang dah siap punyalah mahal. kalau nak yang murah aku rasa kualiti kain tak berapa best sangat jika di bandingkan dengan jubah AAA+ .



Dengar sini korang boleh sahaja buat jubah sendiri tanpan perlu pergi ke kelas jahitan tapi melalui toturial alami sendiri jahit Jubah A Cut, jahit jubah Moden, jahit jubah Princess Cut, jahit jubah Empire Cut & jahit jubah Peplum kerana di sini anda akan di berikan penerangan langkah-demi langkah cara mengambil ukuran dengan betul, melukis pola jubah dengan mudah, panduan memotong kain, teknik menjahit jubah dengan betul berserta dengan gambar lagi untuk memudahkan korang faham. Pendek kata sampailah ke bahagian kemasan terakhir korang akan di pandu.

Kalau masih tak puas lagi boleh pm admin tersebut.Itu lagi best sebab akan ada banyak rahsia mereka berikan.

Dapatkan  jom jahit Jubah A Cut,Moden, Princess Cut, Empire Cut & Peplum sini sementara harganya bakal di naikkan bila-bila masa sahaja lagi.

Ahad, 4 Mei 2014

Tak Sabar Tapak Mesin Jahit Nak Tiba

Salam..

Tak Sabar Tapak Mesin Jahit Nak Tiba..gara-gara entri ini punya pasai.

Indahnya hidup ini jika kita dapat lebihkan akhirat dan kurangkan duniawi. Tapi siapakah kita untuk kuat kita hanya mampu beristiqamah dan berdoa tanpa henti.Tak sabar tapak mesin jahit nak tiba hanya itu terbenam dalam fikiranku..



Alhamdulillah hajatku untuk dapat tapak khas mesin jahit "adapter" akan sampai juga dalam masa terdekat ini. Insyallah minggu depan. Syukur padamu Tuhanku yang satu tak sabar tapak mesin jahit nak tiba
saat aku mencari rezeki di bumi aman dan barakah ini.

Terima kasih atas rezeki dan limpahan darimu ini Ya Rabbi.

Jumaat, 2 Mei 2014

Kasih Tercampak Pada Baju melayu sepasang dan baju kurung moden kain kipas belakang

salam

Jika tiada melintang patah senduk sudu bagai heee..aku bercadang nak buat cup kek.tak malam ni aku buat besok pagi.



aDUH mood ke laut sungguh bila entri yang sebelum ini tiada tapak itu boleh jadi haru-biru sebab kerja aku tertangguh..

selamat hari jumaat heee...