Selasa, 26 April 2011

Tetamu Muar Betandang Ke Ipoh

15/4/2011-30/4/2011

Dalam bulan ini rumahku agak berseri sedikt sebab anak sedara dari Muar datang ke Ipoh. Wah, terasa bagaikan segela isi ruamh terisi. Selama ini sunyi jer hanya kami bertiga kini dah ada tetamu rasa ramai pula rumah tu, nak makan pun makin berselera :)

Minggu lepas Nisa datang sebab ada temuduga dan sesi peperiksaan kat Universiti Petronas hurm.. baru pagi semalam hantar dia kat bus station Ipoh. Pada petang ahad pula ambil kakak dia Masitah heee...

Tiada apa yang menariknya cuma 2 minggu ini Ayong tidak dapat dihantar kerumah pengasuh dia sebab seminggu haritu kakak Nisa yang jaga dia, kali ini bila Nisa dah balik kakak Masitah pula jagakan Ayong. Bukan apa Suri kasihan tengok anak sedara duduk rumah sorang-sorang, ada ayong tak le dia bosan dan sunyi heee..

Isnin, 18 April 2011

VroooM Ke Behrang

Sabtu..16/4/2011

Petang tu sebelum bertolak ke KL Suri amik lesen P kat tempat bekajar memandu. Wah dengan muka tersenyum simpul dia berkata pas ni dah tak perlu risau lagi sebab dah ada orang boleh bawa kete..

Pusing -pusing dari satu kedai ke kedai lain rupanya dia mencari pelekat lesen P huu sabar jelah..Pas habis simpang tol Simpang Pulai tak semena-mena dia suruh suri bawa kereta huuuu.. Teruk betullah..

Dari Ipoh sampai beherang Suri bawa mau juga kakiku kebas huu..

Adakah ini satu kes buli namanya huuuuu

Khamis, 14 April 2011

Asal Lampu Tak Buka

Salam..

Pada 13/4/2011..

Malam tadi selesai buat meegi segera atas permintaannya Suri meminta izin suami untuk pinjam kereta dia untuk pusing-pusing satu taman perumahan.

Hat tu buat jantung suri bergetar dup dap dup dap.. Manakan tidak last bawa kereta hari tu hari ahad pada 10/4/2011. Terasa kelainan sedikit heee..

Bila dah pusing satu taman nak masukkan gear dua pula tak boleh. Aduh mujurlah ada satu kereta lalu kat kawasan belok perumahan tu tak tengok Suri hiii.. Bebaskan gear naikkan brek tangan dan tutup enjin kereta. Pastu on semula. Alhamdulillah barulah gear agak mesra pengguna huu.. Gear kereta memamg ada masalah sikit maklumlah kereta proton saga lama huuu..

Bila dah sajak bawak kereta pusing taman dua pusingan ada pula yang pandang Suri. Adoi.. Lalu suri part kereta kat tepi jalan. Lihat mereka tegur Suri bawa kereta tak bukak lampu haaaaa. Malunya pas keluar dari kereta itu. Hanya Tuhan yang tahu hohohohohoo..

Kata suami tu ar bawa kereta tak menyempat. Hari lain kan ada awat malam juga yang Suri beria-ia nak bawak. Suri diamkan diri sahaja. Lama berdiam Suri cakap alah dah berkobar-kobar nak bawak kereta cam ner.. Redah jelah..nama pun mash belajar lagi haaa..

Selasa, 12 April 2011

Rasa Tenang Di Jiwa

Salam..
Bulan ini terasa aman dan tenteram sekali..

Tiada apa yang di gembirakan cuma kesyukuran padaNya memanjatkan syukur.. Usia semakin meningkat membuatkan Suri lebih menghargai kehidupan ini dengan sebaik yang mungkin.

Setelah selesai ujian memandu dengan jayanya kini menyusur pula CGPA masa stduy dulu. Alhamdulillah lulus dengan cermerlang 3.59 itulah hasil yang berbaloi buatku.. Selepas ini bersiap sedia untuk membuat rayuan penguragan MARA dengan rasa senang dihati.

Isnin, 11 April 2011

Beranikan Diri Bawa Kereta

Tanggal 9/4/2011harui Ahad, jam 4 petang.

Dengan penuh keberanian walau jantung berdegup kencang Suri membawa kereta suami melalui keliling satu taman perumahan..

Dalam kerisauan lama-lama bila dah bawa rasa oklah pula. Kawan cakap kena berani bawa kereta, selalu praktis nanti takut lupa dan takut pula bila ada kat atas jalan raya heee..

Bezanya kereta proton saga ni dia besar. clas dia pula panjang bukan pendek huuu.. Dari kereta kancil mudah sahaja membawanya mungkin sebab ia bersaiz kecil hee..

Ayong bukan duduk di kerusi depan tapi dia berdiri hee... Dia pikir Suri nak bawa dia jalan jauh tapi Suri bawa dia sekitar taman jer keh..keh...keh..

Alhamdulillah Lulus Ujian Memandu

Tanggal 8/4/2011 bersamaan hari Jumaat..

Syukur padanya...
Keberkatan doa dari kedua ibu dan bapa.. doa dari suami serta rakan-rakan akhirnya ujian JPJ jalan raya dapat Suri jalani dengan begitu tenang sekali..

Terima kasih pada yang mendoakannya. Hargai sangat-sangat. Moga Tuhan memberkati kalian semua.

Tester kedua kali ini lelaki. Best juga dapat tester lelaki sebab sporting orangnya hee.. Suri dapat jalan B, tapi buat jalan A. Jalan tak masuk dalam cuma buat pusingan jer hee... tapi kira sukar dan mencabarlah juga sebab jalan Lahat dan Menggelebu, Ipoh kawsan dia memang banyak halangan. Lalaun tugu kacang memang sesak tidak mengira waktu. Mujur sbelum test dijalankan Suri telah praktis beberapa kali.

Sebagai balasan Suri berikan sesuatu pada Ayong. Hurm... nak tahu selanjutnya kene ke blog Ayong heee..

Terima kasih untuk cikgu Misha & Cikgu Bidin kerna mengajar Suri membawa kereta. Tanpa kalian rasanya tak mungkin Suri berani bawa kereta sehingga kini. Jasamu akan d kenang :).

Khamis, 7 April 2011

Ya Tuhan Tenangkalah Hatiku Untuk Esok

Salam..

Hari makin hampir. Seluruh sendiku turut bergetar-getar..

Pertama kali ujian dan kali kedua Suri laluinya sekali lagi..

Mohon padanya moga aku akan dapat melalui detik itu dengan hati yang tenang..setenang air di tasik..
 Moga ujian ini akan Suri buat yang terbaik.

Permudahkanlah urusanku Ya Tuhan.

Amin Ya Rabal Alamin.

Selasa, 5 April 2011

Bos Belanja

Salam..

Entah keberapa kali my bos jim belanja air tin nescafe..
Rasanya dah lebih dari tiga kali heee...

Adakah sebabkan musim panas yang tak menentu dia rajin membelanjaku hee..
Thanks to boss your are the best bos sepanjang Suri bekerja di ipoh ni :)

Moga2 rezeki bosku akan melimpah ruah..